Wednesday 20 March 2013

BROGA HILL

Assalamualaikum.....

Broga Hill @ Bukit Broga adalah satu tempat yg amat menarik. Sesuai utk aktiviti latihan ringan utk mendaki. Terletak di Semenyih. Kebiasaannya sesiapa yang ingin mendaki bukit broga akan sampai diawal pagi. Ini kerana mereka ingin melihat matahari terbit dari atas bukit broga.
Aku sampai tepat pd pukul 5 pagi hari tu. Bayaran utk masuk ke tempat letak kereta di bawah pokok sawit adalah sebanyak rm2.
Ada beberapa perkara penting yg aku rasa perlu dibawa bersama:
  1. Air
  2. Lampu suluh (bagi yg mendaki sebelum matahari terbit)
  3. Portable first aid kit (manalah tahu kalau ada kecemasan)
  4. Kamera (of course!!) kamera hp pun bleh...bawa plastik utk persediaan kalau hujan
  5. Peralatan yg sesuai utk mendaki. (kasut & pakaian)
Perjalanan mendaki memakan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung pada ketahanan individu.

Sampai di puncak cari tmpt yg sesuai utk berehat. Seronok baring diatas batu ni melihat bintang.




Menunggu matahari terbit.



Terbitnya sang mentari...




Bermulalah aksi mengambil gambar..


 Bersama isteri tersayang..




Ada sesetengah pendaki mesti x smpai ke tempat ni. Lokasi ni terdapat di atas bukit Broga juga cuma perlu berjalan selama lebih kurang 15minit memasuki kawasan yg terletak dipenghujung Bukit Broga ini. Selepas dari papan tanda puncak bukit, terus ikut laluan kedalam hutan. Pastikan ikut tanda yg telah dibuat sehingga sampai ke lokasi ini.

yeah! 

Kasut yang mungkin dh rosak ditinggalkan..bleh bg nama pokok kasut nih....






Perjalanan turun. Agak mencabar dan perlu berhati-hati. Keselamatan perlu diutamakan jgn nk laju je turun...

Berakhirlah pendakian Bukit Broga.....Nanti kami dtg lg.

No comments:

Post a Comment