Saturday 23 March 2013

Kelah Ulu Kemapan, Taman Negara Endau-Rompin (April 2012)

Assalamualaikum....

Ini adalah pengalaman pertama aku memancing di kawasan hutan pergunungan. Misi ini adalah mencari sang raja sungai iaitu ikan kelah. Satu pengalaman yang aku rasa amat berharga. Terima kasih kepada kawan2 yang sudi memberi peluang pada aku utk turut serta didalam misi ini.

Lokasi misi ini adalah di Ulu Kemapan. Ulu Kemapan terletak di kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Terletak di sempadan Pahang dan Johor Tenggara Malaysia, Endau-Rompin National Park terdiri daripada hutan hujan tropika asli. Meliputi kawasan seluas 48.905 hektar (800 km persegi), ia adalah taman kedua terbesar kebangsaan di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara dan telah dinaik taraf kepada taman negara pada tahun 1980-an. Dengan pembentukan batu sejak kira-kira 248 juta tahun, Endau-Rompin adalah kebanyakannya berbukit dengan penara batu pasir beberapa menonjol. Ia juga berlaku untuk menjadi kawasan tadahan air beberapa sungai seperti Sungai Endau River, Sungai Selai dan Sungai Jasin.

Setelah semua persiapan dilakukan, kami bertolak pada tgh mlm menuju ke bandar Rompin. Sampai disana lebih kurang pada pukul 2pagi. Selepas berkumpul dgn ahli lain dan membuat persiapan terakhir kami pun menuju ke Taman Negara Endau-Rompin.



Siap utk memulakan perjalanan meredah hutan belantara. Kami bermula pada pukul 4pagi.




Berehat sebentar sebelum mendaki satu bukit yg agak tinggi yg diberi gelaran Bukit Taubat. 

 Hanya diatas bukit ni sahaja terdapat line hp itupun hanya celcom. Pelik gak ditengah2 hutan ni ada lak line hp. Apa lg masing2 mengambil kesempatan utk membuat call. Yg xde line tu terpaksalah pinjam hp kwn yg ada line.

 Penat setelah separuh perjalanan. Baru 6jam je....ada lg 6jam..hahaaa....

Jumpa air je terus minum. Air pergunungan amat la sejuk dan jernih. Nikmatnya xtau la nk ckp mcmner.....hehee


 Setelah lebih kurang 12jam berjalan turun naik bukit, kluar masuk redah air dan bermain dgn pacat akhirnya kami sampai di destinasi yg dituju. 

 Air yg tenang jgn sangka tak dalam. Nampak je mcm cetek tp dalam.

 Mari memasak....

 Makan time....














Antara hasil yang diperolehi.....

Bangun pagi...(abaikan waktu dan tarikh sbb lupa nk betulkan)

 Ahli komplot. Tibalah masa utk kami pulang.






Setelah sampai dan sebelum bertolak pulang sempat dulu menjamu selera....

Berakhirlah misi memburu kelah di sungai pergunungan. Amat berpuas hati walaupun letih meredah belantara. In Syaa Allah akan sampai lg disini.......





Wednesday 20 March 2013

BROGA HILL

Assalamualaikum.....

Broga Hill @ Bukit Broga adalah satu tempat yg amat menarik. Sesuai utk aktiviti latihan ringan utk mendaki. Terletak di Semenyih. Kebiasaannya sesiapa yang ingin mendaki bukit broga akan sampai diawal pagi. Ini kerana mereka ingin melihat matahari terbit dari atas bukit broga.
Aku sampai tepat pd pukul 5 pagi hari tu. Bayaran utk masuk ke tempat letak kereta di bawah pokok sawit adalah sebanyak rm2.
Ada beberapa perkara penting yg aku rasa perlu dibawa bersama:
  1. Air
  2. Lampu suluh (bagi yg mendaki sebelum matahari terbit)
  3. Portable first aid kit (manalah tahu kalau ada kecemasan)
  4. Kamera (of course!!) kamera hp pun bleh...bawa plastik utk persediaan kalau hujan
  5. Peralatan yg sesuai utk mendaki. (kasut & pakaian)
Perjalanan mendaki memakan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung pada ketahanan individu.

Sampai di puncak cari tmpt yg sesuai utk berehat. Seronok baring diatas batu ni melihat bintang.




Menunggu matahari terbit.



Terbitnya sang mentari...




Bermulalah aksi mengambil gambar..


 Bersama isteri tersayang..




Ada sesetengah pendaki mesti x smpai ke tempat ni. Lokasi ni terdapat di atas bukit Broga juga cuma perlu berjalan selama lebih kurang 15minit memasuki kawasan yg terletak dipenghujung Bukit Broga ini. Selepas dari papan tanda puncak bukit, terus ikut laluan kedalam hutan. Pastikan ikut tanda yg telah dibuat sehingga sampai ke lokasi ini.

yeah! 

Kasut yang mungkin dh rosak ditinggalkan..bleh bg nama pokok kasut nih....






Perjalanan turun. Agak mencabar dan perlu berhati-hati. Keselamatan perlu diutamakan jgn nk laju je turun...

Berakhirlah pendakian Bukit Broga.....Nanti kami dtg lg.